Followed Me !

Thursday, January 21, 2010

Present For Sbrna !!

Assalamualaikum all,hari ini SBRNA nyer birthday ... [Korang tkn nama dia ada effect tau !!]Hahaha...Akak nak bagi present pon segan Sab !! Tapi tak apelah akak bagi gak kejap eh !!

Sab I think nih kot you try for your blog kays ??
 
Klu ada lg I help u !!

I can give you this Sab...
 A cute...


Happy Birthday Comments




Happy Birthday Comments

Nice word for you Sab !!

Wednesday, January 20, 2010

Happy 11 Birthday To Sbrna !!

Yahooooo !! Esok Sbrna akan genap 11 tahun sama mcm Juara IK2 gedik tuh[Korang tahu ajela sape tuh]...

Oklah Sab Akak wish early sikit so tak de la esk gegas on computer and then tulis,buang masa adela....

Happy 11th Birthday 2 Sbrna !! Semoga panjang umur !!

Friday, January 15, 2010

Hormat Sikit Ketua Tingkatan,Timbalan Ketua Tingkatan&Pengawas 1R

Assalammualaikum,oh yeah !! Nak tanya patut ke kita hormat KT[Ketua Tingkatan],TKT[Timbalan Ketua Tingkatan] & Pengawas ? Saja tanya... Klu tau bagitau la...Saja nak vote...

Nanti aku letak vote tau korang te keyh !!

Short Post !!

Gambar!!Chik Chak!!!!

Best nyer Azzam kena serbu di sekolah hahahahahaha....Best ke jadi artis ??

Updated picture:



Azzam & Azzim


Azzam & Azry.Kesian Adik dia hahahaha..:D


Tekalah sape ni ??


Ok lah gak lukisan Azzam nih...:)


Baru balik dr sekolah la...


nak handsome gak Azzam pergi ke sekolah... hikhikhik....


Baju sukan ka Azzam ?? :-/


Azzam di rumah!!Peace It Bro !! :O / :D

Sampai sini jer...

Tuesday, January 12, 2010

Happy Birthday To ??

Ehem2 Assalammualaikum,aha dh brp hari LDA a.k.a AamiinaahAazzaamm tk update blog hehehe :P...Kira2 dah 2 hari la,oklah hari ni I have nth too post only wishing Birthday !!

3 January:Putri Imee Zarilah [MakCik Aku]
6 January:Ahmad Rafaie [Atok Aku]
9 January:Sia Yi Quan [ Kwn KC1 Dulu...]
10 January:Ho Tung Lai [Cikgu Sains Dulu]
10 January:Tok Wan (Lupa lak nama penuh) [Mak aku nyer nenek nyer adik] Panjang huhuhu...
12 January:Intan Qumairah [Mak Aku]
21 January:Of Coz Sbrna [Kwn Blogger a.k.a Adik Angkat hahaha...]

Of Coz dh abis birthday January nih yg LDA tau...

Last kali ucap Happy Birthday To January Persons !!!!

Lagi satu !!

Aku nak wat satu perhatian tau !!








Perhatian !!:

Blog Azzam itu bukannya ciplak or palsu !! Itulah Offiacial Blog Azzam !! Jangan Sesekali Memfitnah Blog Azzam Sama Juga Seperti Kamu Semua Menghina Azzam...Jadi,saya ingin anda semua berhenti Mengfitnah !! span>


Tiga Dara Pingitan Ning.com

Bestnyer,group LDA dpt website iaitu Tiga Dara Pingitann [kalau nak tau tekan la...Klu tk tkn rugi !!]Sbrna nanti I email u the pass and email you arrange ur own...And the badge:


Visit Tiga Dara Pingitan


Ni atas permintaan sepupuku!!!!Not Me!!!!Join la for fun !!!! Layari tau !!!!

Thursday, January 7, 2010

Buat Nama...Kalau Nak Link Me !!

Hello...Hahahaha hari ini nth to post wat nama ajer...ada wat nama LDA,Erny & LDS[La-Dolce-Sbrna] hah,tak lupa gak Nama Azzam...Hihihihihi...Tegok tau...

Ain:Äïñ

Aminah:Ämïñåh
Arill:Ärïll 
Azzam:Äzzåm
Dayana:Ðå¥åñå

Erny:Èrñ¥
Fienaz:£ïêñåz
Sbrna:§ßrñå
Tasha:†å§hå


Siap pon...Hehehehehe nanti nak wat banyak-banyak hahahaha baru besh...Nak nama ape lagi ckp ckp !!!!!!!!

Kalau Nak Nama Korang Jadi Cam Tu Link La Aku !! Or Tinggal jer message kat CBOX !!

Wednesday, January 6, 2010

Idola Kecil 2

BAGI mereka yang menonton malam kemuncak Idola Kecil 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor (SACC), malam Sabtu lalu, pasti ramalan untuk mencongak siapakah bakal bergelar juara sukar untuk dilakukan.







Masing-masing ada kekuatan tersendiri terutamanya Nurul Natasha Jaffri atau Tasha, 11, yang mempunyai vokal matang serta mantap.






Lihat sahaja bagaimana Tasha yang memiliki wajah persis penyanyi Farawahida ini melontarkan suara ketika menyanyikan lagu Cinta Adam dan Hawa, dendangan asal Misha Omar.






Bukan mudah untuk membawakan lagu tersebut yang menuntut si pelontar vokalnya pandai bermain dengan alunan dan liuk lentok lagu tersebut.






Begitu juga dengan Muhamad Fhazrill Fesol (Arill), 11.






Si comel dari Pulau Pinang ini nampak begitu bertenaga tatkala menyanyikan lagu rock Peronda Jaket Biru.






Bagaimanapun, adat orang bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang.






Tasha dan Arill yang menjadi antara pilihan ramai untuk bergelar juara, rezeki tidak memihak kepada mereka apabila sekadar berpuas hati membawa pulang hadiah saguhati berupa RM1,000.






Tidak dilupakan, Maulud atau nama sebenarnya Mohd. Farid Mohd. Azmi, 12.






Daripada segi vokal, Maulud memang diakui kalah tetapi pelajar yang mula melangkah ke sekolah menengah ini ada kekuatan tersendiri khususnya lakonan serta gaya di atas pentas.






Tolak ke tepi mutu vokal atau suara, semuanya boleh dibentuk dengan menghadiri kelas-kelas vokal.






Kalau menyebut tentang si juara pula, tidak dapat dinafikan, elemen pakej mungkin jadi penentu segala-galanya.






Masakan tidak, cantik dan bergaya sudah lama menjadi 'syarat utama' untuk seseorang itu diterima sebagai artis di negara ini.






Bukan hendak menidakkan kekuatan yang ada pada diri Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 10. Tetapi, itulah realitinya.






Dalam pertandingan akhir Idola Kecil 2 itu, Dayana membawa pulang wang tunai RM15,000 selaku juara di samping diumum sebagai Idola Popular Dutch Lady.






Tempat kedua pula dimenangi Muhammad Azzammuddin Lop Hisham (Azzam), 12; dan ketiga, Zur'Ain Abd. Rahim (Ain), 12.






Penuhi hajat ibu bapa






Kata Dayana, kemenangannya itu memang tidak disangka lantaran pencabarnya yang lain turut memiliki kekuatan vokal.






Melihat Azzam dan Ain selaku pesaing, murid Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan ini bertuah kerana mendapat bantuan serta semangat daripada ibu dan bapanya yang merupakan penyanyi sambilan.






Meminati beberapa nama besar dalam bidang seni antaranya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Anuar Zain, Dayana mahu membalas jasa kedua ibu bapanya itu dengan wang kemenangan.






"Saya mahu memenuhi hajat mereka. Mahu hadiahkan mereka telefon bimbit. Juga hadiah untuk atuk (datuk) dan nenek.






"Selain minat hendak menjadi penyanyi, saya juga minat berlakon dan menari. Dengan kemenangan ini saya sudah bersedia untuk menjadi seorang penyanyi,'' katanya ketika ditemui sejurus selepas berakhirnya Idola Kecil 2.






Di pentas akhir Idola Kecil 2, setiap peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu menyanyi lagu-lagu artis popular tanah air dan sebuah lagu baru.






Dayana diberikan tugasan mendendangkan lagu Jika Kau Ubah Fikiran, nyanyian asal Mila dan lagu baru berjudul Satu Impian.






Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin.






Juri pada malam itu terdiri daripada penyanyi terkenal, Atilia, Ketua Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan komposer terkenal, Adnan abu Hassan.






Selain hadiah berupa wang tunai dan sijil, beberapa peserta akhir bakal menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Sony Music serta 'diikat' TV9 untuk diserap dalam program-program di stesen televisyen berkenaan.






Atilia ubah persepsi






Sementara itu, Atilia yang bertindak selaku juri tetap berkata, selepas berminggu-minggu bersama dengan kesemua peserta, dia melihat mereka telah banyak berubah.






"Dayana seorang penyanyi yang natural (semulajadi). Azzam pula, peminatnya cukup ramai. Begitu juga dengan Arill.






"Saya bangga dengan mereka semua. Pada mulanya saya memang tidak suka kanak-kanak menyanyi. Biarlah mereka habis belajar dahulu.






"Tetapi, apabila melihat bakat yang ada, bakat mereka tidak boleh disorok,'' katanya.






Ditanya mengenai Tasha, Atilia menjelaskan, nyanyiannya tidak ada yang salah.






"Cuma, Tasha ada kekurangan apa yang dikatakan X Factor,'' tegasnya.






Bagi Adnan pula, apa yang perlu dilihat daripada peserta adalah bagaimana mereka mampu menghilangkan perasaan gementar ketika beraksi di pentas.






"Mereka tidak ada perasaan takut atau gementar. Lagu-lagu yang diberikan pula, bukannya lagu yang mudah untuk dinyanyikan. Bakat mereka amat mengagumkan,'' katanya.






Siap sedia Idola Kecil 3






Dalam pada itu, Rozaina memberitahu, TV9 bakal meneruskan Idola Kecil musim ketiga yang lebih besar dan mantap.






Ditanya mengenai peluang menandatangani kontrak bersama Sony Music dan TV9, Rozaina berkata, semuanya akan diberitahu kelak dalam satu majlis khas bagi mengumumkan perkara tersebut.






"Mungkin akan ada album kompilasi Idola Kecil. Untuk TV9 pula, mereka akan 'diikat' untuk program-program televisyen di stesen ini.






"Untuk itu, mereka tidak dibenarkan ke stesen lain yang bukan milik Media Prima Berhad. Program pertama mereka berkemungkinan akan dapat disaksikan menjelang cuti persekolahan pada bulan Mac depan,'' tambahnya.

Keratan Utusan Malaysia..

Facebook Ahahahaha...

Haluuuuuuuuu or say Assalammualaikum,hahahahaha[mcm Professor Klon lak]yeah dpt naikan pangkat la...Pangkat ape ek ? Tulah,klass 1R ada Timbalan Ketua Tingkatan iaitu saya...Hehehe oh yeah,laman Facebook ada ramai IK2 friends best nya...Korang pergi la type Aminah Sharuddin tuajela kalau nak lg no prob I bagi MySpace...Or just type meenalurvee18@gmail.com tu aje..

Salam

Tuesday, January 5, 2010

Picture Azzam & Dayana


Hahaha cuba tengok Azzam ... Dayana Cool jer...

Azzam Activities & Lagu Konsert Terakhir...

Assalamualaikum semua,hari ini 2nd day of school kan ? Hows school anyway ? I jadi Timbalan Ketua Tingkatan aje...Oh ya,Azzam & adik dia,Azzim ada lakon dalam satu cite tau nak tau cite ape ? Hahahaha,tengok lah Ahad ni jam 5 petang di Astro Oasis...Nanti I bagi tajuk...Ok skunk nak upload video Kekasihku & Aku Rindu Sayang Kamu...

Kekasihku-Azzam:

Find more videos like this on Azzam Fans Club



Aku Rindu Sayang Kamu-Azzam:

Find more videos like this on Azzam Fans Club


Iklan CTS:

Tadaa...Sampai sini jer post LDA to All...

Monday, January 4, 2010

Penolong Ketua Kelas ?? Continue...

Assalammualaikum,hahaha nak tau ari ni update ape ? Tajuk kali ialah penolong ketua kelas,hari ini aku bkn la seorang volunteer la,ni cikgu yg pilih aku supaya jd Penolong Ketua Kelas...

Ok lah korang...Esok la aku cerita...Nak tido bapak nak guna...

The story will continue...2morrow...

Sekolah,Sekolah,Sekolah !!

Assalammualaikum semua,hari ini ialah 4 Januari 2009 2010.Nak tahu nape aku tak sekolah masih di depan PC ? Hahahaha,ini kerana aku sekolah petang.Aku sekarang nak bersiap untuk ke sekolah sebenarnya,sekolah aku brp jauh pon aku peduli ape,sekolah aku SMJK Confucian...Aku ada beberapa orang kawan kat sana 1 laki,1 pompuan...Aku tak tau kelas mana pergi tp ari ni tau la kot...Ok lah...Kita dah menang mengalah sbb Dayana Juara IK2.Ok fine,Juara,Juara lah...Nasib baik Azzam yg comel tuh Naib Juara,kalau tak msk kat dalam Top 3 tuh...APE KES !!!! Hahahaha what ever...Aku ciao dulu...

Salam dari LDA...

Azzam tetap Juara di hatiKu,Erny & Sabrina

Langgani blog FC Azzam Azzam FC Blog

Byebye...

Kepada pelajar yang akan menduduki UPSR...Kami yang dah melepas ingin mengucapkan,Buat Yang Terbaik,Biar Tak Dapat,Asalkan Berusaha!! Selamat Bermajujaya !!!!